.Cinta Boleh lenyap bersama lenyapnya sebab...begitulah kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,novelis yang sangat aku minati setelah aku khatam membaca novelnya yang bertajuk Tautan Hati.Kata-kata itu menguatkan pemikiran aku ,dan aku sangat bersetuju dengan kata-kata beliau.Mungkin jika didengari begitu sahaja tanpa memikirkan maksud disebalik kata-kata itu,ia hanyalah kata-kata kosong yang tidak membawa sebarang maksud.
Sepertimana lenyapnya kecantikan seseorang itu dimata kekasihnya,begitulah lenyapnya cinta si kekasih akan lenyap bersama-sama sebab yang diciptakan dahulu.Jika sebab dia mencintai kekasihnya ketika kekayaannya ,tidak mustahil cinta akan lenyap dari diri sang kekasih jika kemiskinan mengiringi kehidupannya kembali.Begitulah juga seperti kata-kata yang sentiasa kupegang dalam kehidupan jika hadirnya seorang insan bernama kekasih,"aku mencintainya kerana agamanya ,jika hilang agama dari dirinya maka akan hilanglah cintaku kepadanya".
No comments:
Post a Comment