Pages

KATA -KATA CERDIK..

Kejayaan tanpa usaha adalah suatu
kebetulan,

Kegagalan dengan usaha adalah
suatu ujian...



-selamatkan aku dari fitnah dunia..
jauh kan aku dari tipu daya manusia-

Don,t ever give an inch ,until the buzer
sound.

-insyaallah walau susah mana pun dugaan untukmu..pasti akan ada jalanya.
.kerana Allah sentiasa ada untukmu.-

-Abaikan apa yang orang perkatakan kepadamu,
Fikirkan apa yang Allah telah berikan kepadmu-

-Jangan difikirkan adakah Allah mencintaimu.
.tetapi fikirkan adakah kau mencintai Allah-

-Selagi kau masih hidup dibumi Allah ini,jangan sekali-kali kau pertikaikan nikmatnya.-

-Allah maha mengetahui apa yang
terbaik untuk hambanya-

-Dan aku hanyalah hamba Yang
Mengharap Cintanya-

AKU ,DUNIAKU DAN AKHIRATKU

Apabila kesepian melanda.....

Sunday, April 29, 2012















Aku adalah penggemar musik..dan aku sukakan musik yang mendayu-dayu dan mendamaikan .Padaku sesebuah lagu tersebut mempunyai ceritanya yang tersendiri,dan kadang-kadang suka untuk aku mengekspresikan rasa dalam jiwa aku melalui lagu....termasuklah juga zikir-zikir yang mengalun syahdu.
Untuk pertama kalinya dalam hidup aku ,aku mengetahui tentang kehadiran qasidah Burdah selepas menonton rancangan dikir dzikir...dari apa yang aku faham qasidah ni umpama alunan syair....selepas aku cuba mengamati bait kata-katanya ,aku dapati ia sudah biasa kudengari cuma mungkin kerana cara pembawakan pengkasidah itu membawa aku untuk memperhalusi qasidah Burdah ni.......dan ini adalah sebahagian dari bait-bait indah  didalamya....







Yang membawa maksud:
                   O my Lord send peace and blessings upon your Beloved (PBUH) The best of all creations.
..................................................................Islam is Beautifull............................................................

Apabila Aku bercerita tentang...

Mudahnya melafaz cinta..Cinta itu untuk siapa?...berkawan ,bercouple....sayang-sayang ,rindu-rindu lepastu putus..tidakkah sia-sia sahaja waktu yang berlalu..tambah dosa pula lagi kalau pegang-pegang,raba-raba ....ish nauzubillah...aku bukan pembenci cinta,apatah lagi anti cinta,tidak...aku bukan begitu....aku juga insan biasa ,ada semua rasa....Tapi aku jadi takut untuk bercinta,masakan tidak....aku dikelilingi rakan-rakan yang kononya hangat bercinta..Ada antara mereka mengaku hanya kawan,tapi bila "bergayut","bersms"jiwang tak terkata....Ada juga yang sudah mengaku "pakwe",tapi dalam diam-diam curang dalam cintanya itu,apabila aku bertanya kenapa mesti ada "skandal"...Jawabnya "sebab "pakwe" tu belum pasti jadi suami kite",Aku terkedu,dalam hati aku bersuara kalau belum pasti kenapa sanggup ucap kata-kata cinta,sayang ,rindu...secara tidak langsung memberi harapan palsu kepada pasangan kekasihya tu,....Ada juga satu kes ni dimana berlaku cinta tiga segi,dan yang menjadi mangsanya adalah aku yang menjadi rakan kepada mereka bertiga ni,dan boleh juga disimpulkan akulah punca permasaalahan.....sebelah A mengata si B,si B pula terasa dipermainkan lelaki c.....berburuk sangka sesama sendiri,si A terus cuba mempertahankan haknya untuk lelaki c.Si B yang kutahu hatinya yang lembut,terus mengundurkan diri,lelaki c pula terus menyalahkan aku hanya kerana aku rapat kedua-duanya..tapi...itu kisah 3 tahun yang lalu,sekarang si B dah berkahwin dengan lelaki yang berganda-ganda lebih baik dari lelaki c.Si B pula sudah bertunang ,dan bukan pula dengan lelaki c.Lelaki c pula tidak kutahu khabar beritanya.....apa yang boleh aku simpulkan,"buang masa je gaduh-gaduh dulu akhirnya tetap tidak bersama."Cerita lain pula yang kononya lebih menyayat hati....bercinta hampir 7 tahun ,bersumpah setia ,sehidup semati,tapi terkandas kerana cinta tidak direstui orang tua...Silelaki dikahwinkan dengan wanita pilihan keluarganya.....dan tanpa pengetahuan keluarga masing-masing saling berhubung....bila aku bertanya siperempuan kenapa still nak contact dia sedangkan dia dah kawin?dan jawabnya saya tidak boleh lupakan dia dan dia tidak boleh lupakan saya...ok fine...pada aku  bila seorang lelaki itu telah melafaskan akad untuk mengahwini seseorang wanita itu bermakna dia telah dengan relanya menerima wanita tersebut....mungkin ya aku tidak berada ditempat siperempuan tidak dapat merasa kesedihannya...tapi pada aku,tidak patut untuk aku terus menagih cinta suami orang....sipermpuan terus menerus dengan hujahnya kepadaku untuk mempertahankan cintanya....tapi apa yang kulihat kini,siperempuan terus terusan dengan status facebook dan gambar-gambarnya bersama teman barunya...Alhamdullillah,siperempuan sudah tidak bersedih lagi...sebagai kawan aku gembira melihat dia gembira,...tapi,mana cinta dia yang begitu diangung-agungkan suatu ketika dulu.......Namun disebalik semua cerita-cerita cinta yang tidak kesampaian ni,masih ada lagi kisah cinta yang kekal hingga ke jinjang pelamin ,dan kebanyakan dari mereka yang aku kenali,begitu  menjaga adab-adab pergaulan...dan menjadikan Allah sebagai cinta yang teragung,yang pertama didalam hati ,bukan sikekasih....Allah yang mencipta kita,maka Dia lebih layak untuk dicinta.Insyaallah jika kita cintakan Allah dari segala-galanya,kita tidak akan kecewa,sedih apabila ditinggalkan......Bukanlah aku mempertikai kehadiran cinta.....tapi aku yakin Allah sudah tetapkan setiap mahkluknya itu berpasang-pasangan........dan kadang-kadang kita akan ditemukan dengan yang salah dahulu sebelum dipertemukan  dengan yang betul.......

Tuesday, April 24, 2012

Biar sendiri hingga hujung nyawa..
asal tak sunyi dari kasihya..
kerana sesungguhnya hakikat cinta
hanya dia yang ESA.
                    -atasnamacinta-

Monday, April 23, 2012

CINTA DAN KASIHKU
HANYA UNTUK ALLAH
-done-

TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih untuk.dia
yang hadir walau hanya untuk seketika
terima kasih kerana terus membuktikan cinta Allah adalah segala-galanya,
Dan terima ksih kerana telah mengajar aku untuk terus menutup pintu hatiku
untuk menerima mana-mana cinta selain Allah.
Terima kasih kerana...
kehadiran dia telah merumuskan siapa sebenar makhluk yg bernama ADAM...